Lieberman akan serah kawasan latihan tentera kepada pendatang Yahudi

TEL AVIV, 22 Ogos 2017 — Menteri Perang Zionis Avigdor Lieberman akan menyerahkan tanah penduduk Palestin yang dirampas menjadi kawasan latihan tentera kepada pendatang Yahudi untuk tujuan meluaskan kawasan penempatan haram El’ad.

Tanah terbabit telah dijadikan kawasan latihan tentera sejak beberapa abad lalu.

Minggu lalu, kabinet Zionis meluluskan pembinaan 3,600 unit rumah baharu untuk masyarakat Yahudi Haredi di kawasan El’ad. Projek tersebut akan menggandakan keluasan kawasan penempatan haram yang dibina sejak tahun 1990 itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts