Lieberman: Dawabsheh tidak layak mendapat pampasan sebagai mangsa keganasan

NABLUS, 30 Apr 2017 (PNN) — Menteri Perang Zionis, Avigdor Lieberman, hari ini mendakwa Ahmad Dawabsheh iaitu mangsa serangan pendatang Yahudi yang membakar rumahnya dan menyebabkan kematian ayah, ibu, dan adiknya di Duma dua tahun lalu tidak layak menerima pampasan.

Menurut Lieberman, kanak-kanak berumur enam tahun itu tidak layak dikategori sebagai seorang “mangsa keganasan”. Undang-undang Zionis menentapkan bahawa pihak rejim harus membayar pampasan ke atas penduduk yang terkesan oleh serangan keganasan, tetapi tidak terpakai ke atas bangsa Palestin walaupun mereka menjadi rakyat negara haram itu.

Ahmad merupakan satu-satunya ahli keluarga Dawabsheh yang terselamat dalam serangan pada malam 30 Julai 2015, di mana pendatang Yahudi membaling bom Molotov ke dalam rumah mereka menyebabkan kebakaran yang membunuh ayah, ibu dan adiknya yang berumur 18 bulan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts