Lieberman: Serangan seterusnya akan menjadi serangan terakhir ke atas Gaza

AL-QUDS, 24 Okt 2016 (MEMO) — Menteri Perang Zionis Avigdor Lieberman dengan angkuh berikrar bahawa sekiranya berlaku lagi serangan ke atas Gaza, ia akan merupakan serangan yang terakhir kerana Gaza akan dihancurkan sama sekali.

Dalam temubual bersama akhbar Al-Quds, Lieberman menyebut, “sungguhpun kami tidak berniat untuk mencetus satu konflik baharu dengan mereka [di Gaza], sekiranya mereka melancarkan serangan baharu ke atas ‘Israel’, ia adalah peperangan yang terakhir bagi mereka. Saya ulangi, bahawa ia akan merupakan peperangan terakhir bagi mereka kerana kami akan musnahkan mereka sama sekali.”

Lieberman turut mengakui sokongan beliau ke atas usaha penyelesaian melalui pembentukan dua negara terpisah, dengan melibatkan pertukaran tanah dan pemindahan penduduk. Bagaimanapun beliau tidak bersedia untuk menyerah semula mana-mana wilayah Palestin yang dijajah menjadi penempatan haram Yahudi, khususnya Ma’ale Adumim, Giv’at Ze’ev, Gush Etzion dan Ariel.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts