Lieberman tawar pelabuhan di Cyprus sebagai imbuhan pembebasan tawanan perang

GAZA, 26 Jun 2018 — Susulan pertempuan dengan Menteri-Menteri Luar Cyprus dan Greek Jumaat lalu, Menteri Perang Zionis Avigdor Lieberman menawarkan sebuah pelabuhan laut yang dikawal oleh rejim Zionis di kepulauan Cyprus sebagai imbuhan pembebasan tenteranya yang ditawan di Gaza.

Bagaimanapun kenyataan beliau langsung tidak menyentuh tentang nasib 6,036 tahanan politik Palestin, termasuk 310 orang dari Gaza, yang merengkok dalam penjara Zionis.

Rancangan Lieberman itu merupakan salah satu syarat supaya Hamas menerima rancangan damai tajaan Amerika, sungguhpun ia telah mendapat bantahan oleh pergerakan Fateh kerana dilihat cuba memecahkan Gaza dan Tebing Barat.

(IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts