Liga Arab didesak isytihar al-Quds sebagai ibu negara Palestin

LONDON, 23 Mac 2017 (MEMO) — Penduduk dan institusi Palestin mendesak supaya mesyuarat Liga Arab yang dijadualkan berlangsung pada 29hb Mac ini mengisytiharkan Kota al-Quds sebagai ibu negara berdaulat Palestin yang akan tertegak kelak.

Tabung Wakaf Islam di al-QUds dalam kenyataan mereka semalam mendesak supaya semua pemimpin Arab memikul tanggungjawab ke atas kota suci yang terjajah itu dan ancaman berterusan rejim Zionis ke atas Masjid al-Aqsa.

Menurut penasihatnya, Yasser Abu Ghazaleh, pemimpin Arab tidak mengambil langkah seharusnya ke atas al-Quds dan Masjid al-Aqsa. Tapak-tapak suci itu menjadi sebahagian daripada identiti dan akidah Islam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts