GAZA, 26 Mac 2017 (Maan) — Pasukan keselamatan Palestin di Gaza menutup pintu lintasan Beit Hanoun (Erez) di utara Gaza berikutan insiden pembunuhan komandan briged al-Qassam dan bekas tahanan, Mazen Fuqaha, Jumaat lalu.
Tindakan tersebut adalah merupakan satu langkah keselamatan serta siasatan ke atas insiden pembunuhan Mazen, 35. Penutupan akan berterusan sehingga dimaklumkan kemudian.
Ratusan penduduk Gaza menyertai upacara pengkebumian Mazen tengahari Sabtu lalu. Beliau ditembak di Tel al-Hawa di selatan Kota Gaza.