London Akan Mengubah Status Diplomat PLO

LONDON, 28 Disember – London berkemungkinan secara rasmi akan menyokong tindakan mengubah status diplomatik pegawai PLO di British dan meningkatkan status pejabat perwakilan Palestin kepada pejabat diplomatik penuh, berita harian Israel Ynet melaporkan Isnin lalu.

Sehingga kini, Perancis, Amerika Syarikat, Portugal dan Norway telah meningkatkan status PLO di bandar-bandar mereka, sementara itu tujuh  negara Amerika Selatan telah melangkah lebih jauh, dan secara rasmi mengiktiraf negara Palestin berdasarkan sempadan 1967 iaitu wilayah yang didiami oleh Israel secara haram dalam perang tahun tersebut.

Hari Ahad lalu, Menteri Luar Negeri Paraguay Hector Lacognata menjanjikan selewat lewatnya akhir musim bunga untuk mengiktiraf negara Palestin di tanah yang diduduki oleh Israel secara haram pada tahun 1967.

Langkah kerajaan British ini akan memberikan status duta besar kepada para pegawai Palestin yang menjadi perwakilan Palestin di London ketika ini. Status baru ini menjadikan mereka berada setaraf dengan pegawai pegawai yang mewakili setiap negara yang berdaulat di seluruh pelusuk dunia.

Semalam, seorang menteri kabinet Israel memberi amaran bahawa ada kemungkinan besar akan berlaku peningkatan jumlah negara yang akan megiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas merdeka dan seluruh masyarakat antarabangsa akan mengakui kedaulatan Palestin. MK Ben Eliezer memberitahu kepada wartawan sebelum persidangan kabinet Israel “Saya tidak akan terkejut jika dalam tempoh setahun seluruh dunia, bahkan AS akan mengiktiraf negara Palestin, maka kita akan harus bersedia menjelaskan bagaimanakah ini terjadi. ”

Negara Haram Israel menentang keras pengiktirafan negara Palestin malah berpandangan pengiktirafan sesebuah negara harus dicapai melalui perundingan dan bukan melalui keputusan dan pengiktirafan sepihak sahaja. Pendirian ini disokong oleh Amerika Syarikat meskipun diantara negara yang pertama sekali mengubah status diplomatik PLO adalah di Washington. (mnn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts