Hanya 24 jam, lebih 650 serangan terhadap Lubnan dilancarkan oleh rejim Zionis. Menurut kerajaan Lubnan, 492 cedera dalam serangan itu termasuk 42 kanak-kanak.
Pesawat rejim menyasarkan pelbagai kawasan di selatan Lubnan termasuk infrastruktur yang dikaitkan dengan Hizbullah.
Perdana Menteri Lubnan menggesa campur tangan antarabangsa untuk mengelakkan korban yang lebih besar.
Jurucakap IOF menyatakan tindakan kami adalah untuk mempertahankan diri dan menyasarkan kawasan tentera musuh dan kumpulan yang menimbulkan ancaman kepada orang awam.
Pasukan penyelamat Lubnan bertungkus lumus menyelamatkan mereka yang terperangkap dibawah runtuhan. Gangguan elektrik dan akses kepada perkhidmatan asas terganggu teruk dibeberapa kawasan.
Antonio Guterres, menggesa genjatan senjata kerana konflik jika meluas akan berbahaya kepada kawasan lain.