Mahasiswa dan Wargakerja UM Cakna Palestin

Penyerahan kutipan pertama itu dibuat oleh Koperal Abidin Usul kepada wakil HALUAN
Penyerahan kutipan pertama itu dibuat oleh Koperal Abidin Usul kepada wakil HALUAN

KUALA LUMPUR, 24 Dis 2012 – Serahan pertama kutipan derma untuk Palestin oleh para mahasiswa dan wargakerja Universiti Malaya mencerminkan keluruhan sifat dan nurani kemanusiaan warga kampus tertua di negara itu bila RM2,111.35 berjaya disumbangkan kepada Tabung Palestin HALUAN pada 19 Disember di pejabat Kor Suksis UM.

Penyerahan kutipan pertama itu dibuat oleh Koperal Abidin Usul. Kampus berkenaan telah memulakan kempen kutipan tersebut sejak awal Disember 2012 dan dijangka akan berterusan sehingga Mac 2013 di mana akan diadakan Majlis Suara Untuk Gaza pada 27 Mac sebagai simbolik kemuncak program yang akan dirasmikan oleh Timbalan Naib Caselornya, Professor Dr. Mohd Hamdi Abd. Shukor.

Inisiatif bermula dengan Saudari Nurhidayah Mohamad Azir, pelajar tahun 3, Pengajian Asia Tenggara UM serta kawan-kawannya yang membawa tabung ke setiap fakulti. Penganjur berharap untuk dapat terus berkerjasama dengan NGO HALUAN dalam misi-misi kebajikan dan kemanusiaan. Semua peringkat masyarakat di Malaysia mengambil berat isu Gaza, bukan saja masyarakat Islam malah masyarakat bukan Islam juga diharapkan dapat berkerjasama menggembleng tenaga membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Antara pasukan Kor Suksis UM
Antara pasukan Kor Suksis UM

“Inisiatif sebegini sangat mulia di sisi Allah SWT. HALUAN Palestin cuba mengumpul derma orang ramai bagi menyalurkan sumbangan Kutipan Kecemasan Palestin yang telah kami lancarkan pada 21 November lepas. Perangnya mungkin cuma lapan hari tetapi kesannya ke atas kemanusiaan sangat mendalam dan memeritkan. Ramai yang syahid dan tercedera, dan kehilangan orang yang tersayang diragut bom dan peluru zionis. Ramai hilang rumah tempat berteduh dan punca rezeki. Sumbangan sebegini kami amat alu-alukan. Terima kasih Universiti Malaya,” berkata Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan al-Hadad, Ketua Biro HALUAN Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts