Mahkamah tentera Ofer lanjut tempoh tahanan pentadbiran Thaer Halahela

RAMALLAH, 12 Julai 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer buat kali kelima berturut-turut melanjutkan tempoh tahanan pentadbiran tanpa perbicaraan ke atas Thaer Halahela, untuk tempoh selama empat bulan lagi.

Thaer dikenakan tahanan pentadbiran sejak Ogos 2014, sekaligus menjadikan beliau sebagai salah seorang yang paling lama ditahan dalam penjara Zionis tanpa sebarang pengadilan mahupun pendakwaan.

Beliau pernah merengkok dalam beberapa penjara Zionis selama 12 tahun, sebahagiannya dalam tahanan pentadbiran. Pada tahun 2012, beliau melancarkan mogok lapar selama 78 hari bagi membantah tahanan tanpa pengadilan ke atas beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts