Mahkamah tentera Zionis halang pembebasan tahanan wanita

AL-QUDS, 2 Mei 2016 (PIC) — Mahkamah Zionis di kem tentera Ofer semalam meluluskan rayuan oleh pendakwaraya tentera bagi menghalang pembebasan tahanan Palestin, Majd Attwan.

Rabu lalu, mahkamah yang sama telah mengesahkan keputusannya supaya Majd membayar denda sebanyak 2,000 shekel (RM2,090) dan menganggap hukuman penjara selama lebih dua minggu ke atasnya sudah memadai.

Bagaimanapun mahkamah tersebut menerima rayuan pihak tentera Zionis bagi menghalang pembebasan wanita muda yang berasal dari bandar al-Khader di Beit Lahm itu, dan akan mengadakan satu lagi sesi perbicaraan pada hari Isnin.

Majd disoalsiasat oleh pasukan Shin Bet secara intensif sejak minggu lalu, berkaitan foto-foto syuhada Palestin yang beliau paparkan dalam laman sosial Facebook. Beliau dituduh menghasut keganasan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts