AL-QUDS, 12 Jun 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di pengakalan Salem hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke atas Yasmin Shaaban, 33, atas tuduhan cuba menyerang tentera Zionis.
Ibu yang berasal dari bandar Jalamah di Jenin itu diculik dari rumah beliau pada 3 November 2014, dipaksa meninggalkan empat orang anaknya yang sehingga kini masih mengalami trauma akibat peristiwa penculikan tersebut.
Keluarga Yasmin bimbang beliau mungkin dikenakan tekanan ketika disoal siasat, di mana pegawai tentera Zionis akan memaksa beliau membuat pengakuan palsu. Beliau juga mengalami masalah kesihatan dan tidak mendapat rawatan ketika dalam tahanan.
Keluarganya telah beberapa membuat rayuan kepada pertubuhan hak asasi bagi membebaskan Yasmin.