Mahkamah tentera Zionis lanjutkan lagi tahanan ke atas Ahed Tamimi

BAITULMAQDIS, 17 Jan 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer tengahari tadi melanjutkan lagi tempoh tahanan ke atas remaja Ahed al-Tamimi, 16, sehingga akhir bulan ini kononnya bagi melengkapkan prosedur siasatan.

Arahan lanjutan itu, yang merupakan kali ke-5 berturut-turut, didesak oleh pihak pendakwaraya tentera Zionis atas alasan untuk menyiapkan pertuduhan ke atas Ahed.

Ahed ditangkap pada pada jam 4:00 pagi 19 Disember lalu ketika sedang tidur di rumahnya di perkampungan Nabi Saleh, Ramallah. Ahed dituduh menampar seorang askar Zionis ketika menghalaunya keluar dari kawasan rumah beliau, empat hari sebelum ditangkap.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts