Mahkamah Zionis Arah Keluarga Palestin Robohkan Apartmen Sendiri

AL-QUDS, 29 Nov 2015 (Maan) — Sebuah mahkamah Zionis mengeluarkan perintah merobohkan dua buah apartmen milik keluarga Siyam di kejiranan Silwan di Al-Quds Timur. Apartmen yang dibina 21 tahun lalu itu dikatakan dibina tanpa permit.

Sejak dibina, keluarga Siyam terpaksa membayar sejumlah 600,000 shekels (US$154,000) denda kepada pihak berkuasa rejim Zionis, tidak termasuk kos yang dibayar untuk mendapatkan kebenaran pembinaan.

Mereka diberi tempoh dua minggu untuk merobohkan rumah mereka sendiri, yang menjadi tempat berteduh kepada 13 ahli keluarganya. Jika tidak mereka perlu membayar kos perobohan dan denda serta hukuman penjara selama empat bulan.

Salah seorang daripada ahli keluarga, Dawood Abed al-Razzaq Siyam, mendakwa bahawa hakim enggan mendengar hujah pembelaan mereka. Sebaliknya hakim memberitahu beliau bahawa perobohan rumah mereka adalah “satu hadiah untuk negara Israel.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts