Ringkasan

Mahkamah Zionis arah keluarga Palestin serah rumah kepada pertubuhan pelampau Yahudi

KOTA BAITULMAQDIS, 9 Sep 2020 — Mahkamah Daerah Zionis di Kota Baitulmaqdis semalam mengarahkan Nasser Rajabi dan keluarganya mengosongkan rumah mereka di kejiranan Batan al-Hawa di daerah Silwan, selatan Masjid al-Aqsa, untuk diserahkan kepada pertubuhan pelampau Yahudi, Ateret Cohanim.

Bangunan yang mengadungi tiga apartmen dan menempatkan 30 ahli keluarga itu mesti dikosongkan sebelum 1 April tahun hadapan. Ia dituntut oleh Ateret Cohanim sejak tahun 2016, kononnya tanah terbabit pernah dimiliki oleh orang Yahudi pada kurun ke-19.

Ateret Cohanim memfailkan puluhan tuntutan ke atas kira-kira 100 keluarga Palestin yang tinggal di Batan al-Hawa, menyebabkan 700 penduduk berhadapan dengan risiko kehilangan tempat tinggal. Mereka mendakwa tanah di kawasan tersebut pernah dimiliki oleh orang Yahudi yang mewariskannya untuk kaum Yahudi miskin dari Yaman yang tinggal di kota suci itu.

Bagaimapun, penduduk Palestin mempunyai dokumen sah pemilikan harta mereka.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts