Mahkamah Zionis arah tutup sekolah rendah al-Nukhba di al-Quds

AL-QUDS, 23 Feb 2017 (PIC) — Mahkamah Agung Zionis hari ini mengarahkan supaya sekolah rendah al-Nukhba di bandar Sur Bahir, al-Quds, atas alasan kurikulum sekolah tersebut menghasut kebencian ke atas kepentingan Zionis.

Kementerian Pelajaran dan polis Zionis menutup sekolah yang menjadi tempat belajar kepada 250 anak-anak lelaki Palestin. Mereka mendakwa pengasas sekolah tersebut menyokong pergerakan Hamas dan kurikulum sekolah itu menghasut terhadap rejim Zionis.

Guru Besar sekolah, Loai Jamal Bkairat, ditangkap untuk disoal siasat kerana enggan mematuhi arahan menutup sekolah. Beliau kemudian dibebaskan dengan dikenakan syarat-syarat tertentu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts