AL-QUDS, 28 Feb 2017 (PIC) — Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Yousef Id’eis, hari ini memberi amaran bahawa mahkamah majistret Zionis di al-Quds membenarkan kaum Yahudi untuk melakukan ritual agama mereka di Masjid al-Aqsa, setelah mengisytiharkan tapak masjid suci itu sebagai satu kawasan suci dan tempat ibadah bagi Yahudi.
Keputusan tersebut memburukkan lagi keadaan dan mengundang pertembungan agama, di samping mencabul semua resolusi antarabangsa yang menetapkan al-Aqsa sebagai tapak suci ekslusif bagi umat Islam.