Mahkamah Zionis dakwa remaja perempuan Palestin

AL-QUDS, 13 Dis 2015 (PIC) — Pihak pendakwaan Zionis melalui sebuah mahkamah juvana di Al-Quds mendaftarkan satu pertuduhan ke atas Nourhan Awad, 16 tahun, atas tuduhan cubaan membunuh dan membawa senjata tajam.

Nourhan yang berasal dari Qalandiya dituduh menyerang dan cuba membunuh sekumpulan pendatang Yahudi menggunakan gunting di Jalan Jaffa di barat Al-Quds.

Beliau bersama sepupunya Hadil, 14 tahun, dikatakan telah mencederakan dua orang Yahudi, termasuk seorang anggota polis yang kemudiaanya didapati terkena tembakan dari anggota polis yang lain. Nourhan cedera parah ditembak dalam kejadian tersebut, manakala Hadil meninggal dunia.

Mahkamah meluluskan pertuduhan tersebut dan seterusnya melanjutkan tahanan ke atas Nourhan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts