Mahkamah Zionis kenakan tahanan pentadbiran ke atas Ahli Parlimen Fuqaha

RAMALLAH, 24 Mei 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer mengeluarkan arahan tahanan pentadbiran ke atas Ahli Parlimen Abdul Jabbar Fuqaha, yang juga merupakan seorang wakil rakyat Hamas, selama tiga bulan setelah gagal mengemukakan pendakwaan ke atas beliau. Tempoh tersebut boleh dilanjutkan.

Abdul Jabbar ditahan pada 17 Mei lalu, menjadikan jumlah Ahli Parlimen Palestin yang ditahan dalam penjara Zionis seramai tujuh orang. Empat daripada mereka adalah wakil rakyat Hamas, iaitu Hassan Yousuf and Abdul Jaber Fuqaha dari Ramallah, Hatem Qafisha dari al-Khalil, dan Mohammad Abu Tair from al-Quds. Tiga lagi adalah Marwan al-Barghouti, wakil rakyat Fatah, serta Ahmad Saadat dan Khaledah Jarrar, wakil Barisan Pembebasan Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts