Mahkamah Zionis Lanjut Tahanan Ahed Tamimi

RAMALLAH, 25 Dis 2017 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer melanjutkan tahanan ke atas remaja perempuan Ahed al-Tamimi, 17, selama empat hari lagi.

Mahkamah semalam enggan membebaskan Ahed dengan ikat jamin sehingga dibicarakan. Beliau akan dibawa ke mahkamah semula pada hari Jumaat, atas tuduhan menyerang pegawai tentera dan “mengancam keselamatan Israel”.

Ahed ditangkap dari rumahnya di perkampungan Nabi Saleh di Ramallah pada 19 Disember lalu, atas tuduhan menyerang dan menghalau keluar seorang askar Zionis yang berada di kawasan rumahnya.

Tentera Zionis kemudian menahan ibunya, bapanya serta sepupunya, Nour al-Tamimi.

(PIC, IMEMC, EI, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts