Mahkamah Zionis lanjut tahanan Omar al-Abed, halang jumpa peguam

RAMALLAH, 24 Julai 2017 — Mahkamah tentera Zionis di al-Maskubiya melanjutkan tahanan ke atas Omar al-Abed walaupun beliau dalam keadaan cedera, serta menghalang beliau berjumpa dengan peguam.

Omar dikurung sejak 11 hari lalu selepas menikam mati empat orang pendatang Yahudi serta mencederakan seorang lagi di kawasan penempatan haram Halamish. Beliau sendiri cedera sebelum ditangkap.

Mahkamah turut melanjutkan tahanan ke atas abangnya, Munir, yang ditangkap sehari selepas serangan tersebut, atas alasan untuk memenuhi prosedur siasatan.

Beberapa orang menteri kanan rejim Zionis mendesak supaya mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas Omar. Pertubuhan hak asasi melihat desakan tersebut sebagai “lesen” kepada badan perisikan Shin Bet untuk mendera Omar walaupun dia dalam keadaan cedera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts