Mahkamah Zionis lanjutkan lagi tahanan murabitat Khadija Khuwais

AL-QUDS, 20 Sep 2017 — Mahkamah daerah Zionis di al-Quds hari ini sekali lagi melanjutkan tempoh tahanan ke atas murabitat al-Aqsa, Khadija Khuwais, sehingga Ahad depan.

Sebelum ini, mahkamah yang sama telah memutuskan supaya Khadija dibebas dengan ikat jamin, namun kemudian menangguhkan keputusan tersebut apabila pihak pendakwaraya membuat bantahan.

Beliau ditahan sejak 5 September ketika hadir untuk disoal siasat di sebuah balai polis Zionis di kota al-Quds.

Khadija, yang diharamkan oleh polis Zionis daripada memasuki Masjid al-Aqsa, menyertai perhimpunan harian bersama muslimat dan murabitat al-Quds di hadapan sekatan-sekatan di luar tapak suci itu. Beliau telah beberapa kali ditangkap dan didakwa oleh polis Zionis.

Ketika dikurung dalam bilik penjara berseorangan dan dipaksa membuka jubah dan tudung ketika dalam tahanan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts