Mahkamah Zionis Lanjutkan Tahanan 90 Penduduk Palestin

RAMALLAH, 19 Nov 2015 (maan) — Persatuan Tahanan Palestin melaporkan bahawa beberapa buah mahkamah Zionis melanjutkan tempoh tanahan ke atas 90 orang penduduk Palestin termasuk kanak-kanak.

Lanjutan tempoh tahanan dibuat atas alasan mereka perlu melalui proses soal-siasat tambahan dan prosedur perundangan kes masing-masing.

Daripada 90 kes tahanan tersebut, 32 orang diproses di mahkamah Ofer, 20 di mahkamah Petah Tikva, 18 di mahkamah Salem dan 20 lagi di mahkamah Russian Compound, Al-Jalama dan Ashkelon.

Jenis dakwaan yang dikenakan ke atas mereka masih tidak jelas, tetapi mereka bukanlah dari kalangan tahanan administratif di mana seseorang boleh dipenjara tanpa sebarang pendakwaan.

Sepanjang Oktober lalu, hampir 1,000 orang penduduk Palestin, termasuk 147 orang kanak-kanak, ditahan oleh tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts