RAMALLAH, 3 Jun 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini memutuskan untuk melanjutkan tempoh tahanan ke atas remaja perempuan Ibtihal Barwish, 18, sekaligus membatalkan keputusan terdahulu untuk membebaskan beliau dengan ikat jamin.
Ibtihal akan dibawa ke mahkamah sekali lagi pada 6 Jun.
Beliau diculik oleh tentera Zionis pada 25 April lalu ketika seorang pendatang Yahudi cuba menyerang beliau bersama rakan-rakannya berdekatan Universiti Teknikal Palestin Kadoorie yang terletak di kem pelarian al-Aroub di wilayah al-Khalil.
(IMEMC)