Mahkamah Zionis lanjutkan tahanan wanita Palestin yang cedera ditembak

BAITULMAQDIS, 28 Mei 2018 — Mahkamah Zionis di kota Baitulmaqdis hari ini melanjutkan tempoh tahanan ke atas wanita Palestin yang ditembak oleh pasukan polis Zionis di Baitulmaqdis Timur malam tadi, sehingga 3 Jun.

Khawla Sbeih, 43, yang berpakaian Burqa ketika sedang berjalan di kejiranan Shufat itu ditembak atas alasan berkelakuan mencurigakan. Siasatan awal mendapati beliau tidak membawa sebarang senjata.

Beliau kini masih dirawat di Hospital Shaare Tzedek dalam keadaan cedera di bahagian kaki.

(Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts