AL-QUDS, 6 Sep 2016 (PIC) — Mahkamah Majistret Zionis melanjutkan tempoh tahanan ke atas seorang wanita Palestin berumur 24 tahun dari al-Khalil sementara menunggu siasatan lanjut.
Wanita tersebut ditangkap berdekatan Masjid al-Aqsa semalam, atas tuduhan cuba menikam seorang pegawai polis Zionis.
Kenyataan polis Zionis mendakwa bahawa wanita tersebut telah mengaku cuba menikam polis terbabit secara sengaja.