Mahkamah Zionis: Pendatang Yahudi boleh kekal tinggal dalam rumah yang dirampas

AL-KHALIL, 22 Jul 2019 — Mahkamah Agung Zionis semalam memutuskan bahawa pendatang Yahudi boleh kekal tinggal di dalam rumah-rumah penduduk Palestin yang mereka rampas di kota al-Khalil, sehinggalah pihak mahkamah selesai memutuskan kes.

Keputusan tersebut dibuat bagi kes pendatang Yahudi yang menduduki dua rumah keluarga Palestin di Jalan al-Shuhada. Mereka mula memasuki rumah tersebut pada bulan Mac tahun lalu, dengan mendakwa bahawa keluarga Za’tari telah menjualnya kepada Persatuan Dana Penebusan Tahan Yahudi pada tahun 2008. Bagaimanapun, keluarga Za’tari membantah dakwaan tersebut serta menegaskan mereka tidak pernah menjualnya.

Namun dalam perbicaraan semalam, mahkamah tidak langsung mempersoal samada rumah tersebut telah dijual atau tidak, sebaliknya hanya menimbang samada pendatang Yahudi perlu mengosongkan rumah tersebut atau tidak.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts