Mahkamah Zionis Penjara dan Denda Siswi Palestin

RAMALLAH, 27 Dis 2017 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer petang tadi menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan denda sebanyak 6,000 shekel (RM7040) ke atas siswi Universiti Birzeit, Istabraq al-Tamimi.

Istabraq, seorang pelajar pengajian media, ditangkap di asrama universiti tersebut pada 20 Mac lalu. Rejim Zionis telah beberapa kali menangguhkan kes beliau atas alasan untuk melengkapkan penyiasatan. Sepanjang tempoh sembilan bulan itu, beliau diinterogasi secara intensif sekurang-kurangnya selama 25 hari.

(PIC, DoP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts