Mahkamah Zionis Perintah PA Dan Tahanan Palestin Bayar Pampasan US$18 Juta

AL-QUDS, 19 Nov 2017 — Mahkamah Tinggi Zionis memerintah Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan tahan Palestin membayar pampasan bernilai US$18 juta kepada keluarga pendatang Yahudi yang terbunuh dalam serangan bom Briged Syuhada al-Aqsa pada tahun 2001.

Mahkamah membuat keputusan pada 17 November lalu, mewajibkan PA membayar ganti rugi kepada tiga mangsa yang terkorban dalam insiden di Route 443 itu apabila dituduh membantu serangan tersebut dan bertanggung jawab atas pembiayaan dan penyediaan senjata serangan.

Operasi serangan telah dilakukan oleh Ahmad Talib Mustafa Barghouti, anak saudara kepada Marwan Barghouti, Mohammad Rahman Salim Musleh, Hussam Aqel Rajab Shehadeh, Haytham Hamdan, Fares Sadiq Mohammed Ghanem dan Ali Alian.

Para hakim memutuskan supaya PA membayar 40% daripada jumlah keseluruhan, manakala bakinya dibayar oleh penyerang atau keluarga mereka.

(Sumber: PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts