Mahkamah Zionis Tangguh Hukuman Penjara Sheikh Raed

AL-QUDS, 12 Nov 2015 (PIC) — Berikutan permohonan petisyen, Mahkamah Agung Zionis semalam bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 11 bulan ke atas ketua Gerakan Islam di Wilayah Palestin 1948, Sheikh Raed Salah.

Pada 27 Oktober lalu, Mahkamah Pusat Zionis telah menjatuhkan hukuman penjara hingga 11 bulan ke atas Sheikh Raed atas dakwaan “menghasut keganasan” dalam satu penyampaian khutbah Jumaat pada tahun 2007.

Beliau telah diarah menyerah diri pada 15 November ini bagi memulakan hukuman tersebut.

Hakim Mahkamah Agung bagaimanapun memerintahkan supaya hukuman itu ditangguhkan sehingga satu keputusan baharu dibuat. Pada masa yang sama pihak pendakwaan Zionis telah diminta mengemukakan pendirian mereka berkaitan penangguhan itu dalam tempoh 15 hari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts