RAMALLAH, 15 Nov 2016 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di penjara Ofer semalam menangguhkan keputusan untuk membebaskan Anas Zaid, 15, bagi menunggu pihak pendakwaraya Zionis memfailkan rayuan.
Sebelum ini, hakim mengarahkan keluarga Anas membayar ikat jamin sebanyak 6,000 shekel sebagai syarat pembebasan beliau, namun menangguhkan keputusan tersebut sehingga 20 jam bagi menunggu rayuan oleh pendakwaraya.
Anas ditangkap oleh polis Zionis pada 10 November selepas cedera parah ditembak di bahagian peha kanan dan tangan kirinya.