Mahkamah Zionis tidak benarkan isteri Sheikh Raed tinggal bersamanya

HAIFA, 27 Feb 2019 — Mahkamah Daerah Zionis di Haifa semalam memutuskan bahawa isteri kepada Sheikh Raed Salah tidak dibenarkan tinggal bersamanya sepanjang tempoh hukuman tahanan dalam rumah.

Sheikh Raed Salam ditangkap di rumahnya di kota Umm al-Fahm pada pertengahan Ogos 2017. Beliau dijatuhkan bersalah dalam 12 tuduhan menghasut keganasan.

Pada 14 Februari lalu, mahkamah Zionis melanjutkan tempoh tahanan dalam rumah ke atas beliau selama tiga bulan lagi.

Pihak peguam Sheikh Raed membantah syarat yang tidak berasas ke atas isterinya, yang terkenal sebagai Umm Omar, dan menekankan bahawa anak guam mereka tidak pernah melanggar syarat-syarat tahanan. Kenyataan mereka menyebut, “Sepanjang perbicaraan ke atas Sheikh Raed Salah, jelas bagi kami bahawa rejim Zionis merancang untuk melaksanakan agenda mereka ke atas masyarakat Arab. Mungkin kes ini ada kaitan dengan Kesepakatan Abad Ini [Deal of the Century].”

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts