Mahkamah Zionis tolak rayuan Ahed Tamimi supaya dibebas awal

BAITULMAQDIS, 6 Jun 2018 — Lembaga parol di Mahkamah Tinggi Zionis menolak rayuan Ahed Tamimi supaya dibebaskan lebih awal.

Menurut lembaga tersebut, Ahed enggan menyatakan penyesalan tindakan beliau, tidak menyertai program pemulihan, dan membahayakan keselamatan awam, menyebabkan rayuannya ditolak.

Ahed Tamimi, 17, dan sepupunya Nur Tamimi, 21, dirakam menampar seorang askar Zionis yang bersenjata dalam satu pertempuran di perkampungan Nabi Saleh.

Ahed dikurung sejak 19 Disember atas tuduhan menyerang askar Zionis. Pada 21 Mac lalu, mahkamah tentera Judae telah menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dan denda sebanyak 5,000 Shekel.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts