Mahmoud Abbas tolak cadangan Qatar selesaikan krisis Gaza

GAZA, 7 Mac 2018 — Presiden Mahmoud Abbas menolak cadangan Emir Qatar, Tamim bin Hamad al-Thani, untuk menyelesaikan masalah bekalan elektrik di Gaza dengan bantuan geran bernilai $US600 juta.

Cadangan tersebut, melibatkan pembinaan stesen janakuasa elektrik, telah diserahkan kepada kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Rami Hamdalah.

Gaza dikepung secara berterusan sejak 12 tahun lalu, sehingga penduduknya kini melalui krisis kemanusiaan yang meruncing yang sebahagian besarnya berkaitan masalah bekalan elektrik.

(Alray)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts