Mahmoud Abbas Umum Pilihanraya Umum Palestin 24 Jan 2010

24 Okt – Ramallah, Tebing Barat – Presiden Mahmoud Abbas memutuskan pada Jumaat lepas  bahawa pemilihan raya umum Palestin akan diadakan pada 24 Januari 2010, setelah kelompok-kelompok yang bersaing gagal mencapai perjanjian kesatuan dalam perundingan yang diinisiatifkan Mesir.
Pemimpin Palestin yang mendapat dukungan Barat itu mengeluarkan kenyataan bahawa pemilihan umum presiden dan Parlimen akan diadakan di Tebing Barat, Jerusalem Timur dan Jalur Gaza.

Penetapan pilihanraya itu diputuskan setelah kelompok sekular Fatah kubu Abbas tidak berjaya mencapai perjanjian perdamaian dengan gerakan Islamis Hamas yang menguasai Jalur Gaza.

Para pentadbir Hamas mengatakan, seruan pilihanraya oleh Abbas itu merugikan segala usaha perdamaian yang sedang dilakukan oleh Mesir.

Mesir telah menuduh kelompok pejuang Hamas tidak setia kerana menolak menandatangani perjanjian penyatuan dengan kepemimpinan Palestin seperti yang di jadualkan.

“Mesir terkejut dengan penundaan Hamas ketika mereka menyatakan tidak boleh hadir ke Kaherah pada tarikh yang telah dirancangkan,” kata seorang pentadbir Mesir yang tidak sedia disebutkan namanya pada awal minggu lalu, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Al-Ahram.

Mesir sebelumnya mengumumkan bahawa delegasi-delegasi Hamas dan Fatah akan datang ke Kaherah untuk menandatangani perjanjian yang telah tertunda itu pada 25-26 Oktober.(fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts