Malik al-Qadi akan terus dirawat di hospital sehingga pulih

RAMALLAH, 22 Sep 2016 (WAFA) — Tahanan Malik al-Qadi, 19, yang menamatkan mogok lapar semalam akan terus dirawat di Hospital Wolfson hingga keadaan kesihatan beliau pulih.

Rejim Zionis bersetuju untuk membebaskan Malik pada hari ini dan tidak memperbaharui tahanan pentadbiran ke atas beliau. Ekoran persetujuan tersebut, siswa Universiti al-Quds di Abu Dis itu memutuskan untuk menghentikan mogok lapar yang dilancarkan sejak lebih 70 hari lalu.

Namun Suruhanjaya Tahanan Palestin memaklumkan bahawa Malik akan hanya dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh dua minggu bagi memulihkan kesihatan beliau yang mengalami masalah komplikasi jantung dan paru-paru.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts