Mangsa serangan terowong di Gaza lemas akibat gas beracun

GAZA, 30 Okt 2017 — Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, Ashraf Qudra, mendedahkan bahawa mangsa-mangsa serangan tentera udara Zionis ke atas terowong di selatan Gaza cedera dan terbunuh akibat terhidu gas beracun.

Setakat ini, tujuh orang disahkan terbunuh dan sembilan yang lain cedera.

Kenyataan tentera Zionis menyebut bahwa pasukannya memusnahkan terowong yang sedang dibina menggunakan teknologi baharu. Susulan kejadian, sistem pertahanan Iron Dome tentera Zionis dikerahkan ke kawasan sempadan Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts