Mantan Menteri al-Quds: UNESCO keluarkan resolusi kerana al-Aqsa dalam bahaya

AL-QUDS, 25 Okt 2016 (PIC) — Mantan Menteri al-Quds Palestin, Khalid Abu Arafah, mendedahkan bahawa kerja penggalian di kawasan Masjid al-Aqsa telah bermula sejak tahun 1968 dan gagal menemui sebarang kesan yang dapat mengaitkan Yahudi dengan tapak bersejarah itu.

Rancangan rejim Zionis untuk menyatukan al-Quds Barat dan al-Quds Timur untuk dirampas seluruhnya membawa ancaman kepada status quo kota itu, sehingga UNESCO terpaksa bertindak mempertahankan tapak warisan seni, sejarah dan agama yang penting kepada seluruh penduduk dunia itu.

Berikut adalah tulisan beliau yang disiarkan oleh Pusat Informasi Palestin (PIC):

Setelah menguasai al-Quds Timur pada tahun 1967, tentera penjajah Zionis memusnahkan pagar-pagar sempadan yang memisahkannya dari al-Quds barat dengan rancangan untuk menyatukan dan menguasainya keseluruhan wilayah al-Quds. Liga Israel Zionis berjanji akan melakukan sejumlah penggalian sepanjang kawasan pagar dan tembok sempadan al-Quds. Seperi mereka janjikan, penggalian dilakukan di tahun 1968. Laporan yang diterbitkan oleh Benjamin Mazar [pakar sejarah Zionis yang terkenal dengan kerja penggalian di tapak-tapak suci di Palestin] menegaskan, dari penggalian itu tidak ditemui bekas dan peninggalan apapun yang membuktikan kewujudan sejarah Yahudi di Al-Quds.

Akibat kerja penggalian ini, sebagian peninggalan Islam berdekatan Masjid Al-Aqsha menjadi retak. Inilah yang kemudian dilihat oleh organisasai UNESCO bahawa tindakan Israel itu mengancam warisan kemanusiaan dan peradaban yang ada di al-Quds. Dari sana, UNESCO segera mendaftarkan kota al-Quds dalam warisan dunia dan meminta Israel menghentikan penggalian serta menghentikan perubahan dalam pola penduduk dan bangunan kota tersebut. UNESCO mengeluarkan resolusi bernombor 343 yang mengadungi:

  • Persidangan Agung UNESCO menyedari betapa pentingnya nilai budaya yang ada di Kota Lama al-Quds terutamanya tempat suci, bukan sahaja bagi negara setempat secara langsung tetapi juga semua manusia kerana warisan itu memiliki nilai unik dari segi seni, sejarah, dan agama. Berdasarkan kepada resolusi Persidangan Agung PBB nombor 2253 pada tahun 1967 berkenaan kota al-Quds yang memutuskan bahawa semua tindakan dan rancangan Israel di al-Quds adalah tidak sah dan menyerukan supaya dibatalkan dan menghentikan mengambil tindakan apapun yang dapat mengubah status quo kota ini maka UNESCO menyeru kepada Israel berupa seruan masyarakat dunia yang mendesak sebagai berikut:
    • Dengan teliti menjaga tapak-tapak dan bangunan bersejarah dan harta budaya lainnya terutama Kota Lama al-Quds.
    • Agar menghentikan tindakan apapun berupa memilih temuan peninggalan atau memindahkan aset-aset peninggalan bersejarah atau mengubah kesan-kesannya atau ciri asli budaya atau sejarahnya.
    • Menyeru Ketua Pengarah UNESCO agar menggunakan seluruh kekuatan pengaruhnya dengan apa jua cara untuk menjamin kerjasama dengan semua badan terkait untuk merealisasikan resolusi ini dengan sesempurna mungkin.
  • Kemudian setelah UNESCO mengeluarkan sejumlah resolusi hingga hari ini mencapai sekitar 70 resolusi dan kesimpulan setiap resolusi adalah:

“Resolusi memberikan suntikan atau dukungan tambahan bagi warga al-Quds dan warga yang berjaga di al-Aqsa serta seluruh pejuang atau kelompok pro al-Quds untuk menghadapi penjajah Zionis dan menguatkan dukungan kepada al-Quds dan Masjid al-Aqsha secara khusus”.

  • Seluruh resolusi menegaskan hal-hal yang telah disampaikan tersebut dan mendesak untuk merealisasikannya.
  • Mengecam Israel atas sikapnya yang bertentangan dengan tujuan-tujuan penubuhan UNESCO sebagaimana yang ditegaskan di piagam pertubuhan kerana Israel terus ingin mengubah kesan-kesan tapak bersejarah di Kota al-Quds dan melakukan penggalian bawah tanah yang mengancam peninggalan bersejarah di sana setelah menjajah kota itu secara haram.
  • Menyeru Persidangan Agung PBB supaya tidak memberikan bantuan apapun dalam bidang pendidikan, ilmu pengetahuan, dan budaya kepada Israel kerana tidak menghormati resolusi-resolusi yang pernah dikeluarkan sebelumnya.

Perkembangan Baru: Penetapan UNESCO terhadap resolusi “kekhususan Masjid al-Aqsa dan Halaman al-Burraq” hanya untuk umat Islam dengan tajuk “Palestin Terjajah” memiliki berbagai kesimpulan dan pelajaran bagi Palestin dari beberapa sudut:

  • Resolusi menafikan dan membuang jauh dakwaan manipulatif Israel dan versi sejarah Talmud yang dusta terkait Masjid Al-Aqsa dan Halaman Al-Burraq (yang didakwa Yahudi sebagai Tembok Ratapan). Dan Israel sebagai penjajah atau pendatang Yahudi tidak memiliki hak sama sekali di Masjid Al-Aqsa atau masuk ke kawasan yang dianggap sebagai tindakan melanggar piagam dan undang-undang antarabangsa.
  • Resolusi memberikan suntikan atau dukungan tambahan bagi warga al-Quds dan warga yang berjaga di Al-Aqsa serta seluruh pejuang atau kelompok pro Al-Quds untuk menghadapi penjajah Zionis dan menguatkan dukungan kepada Al-Quds dan Masjid Al-Aqsha secara khusus.
  • Resolusi ini memberikan kebenaran undang-undang kepada pihak-pihak dan institusi pemelihara tempat suci, baik dari pihak Palestin atau Jordan, untuk menggunakan haknya bagi membela tempat suci sebagai hak normal dan alami dan tidak boleh ditangguh-tangguh. Bagi Palestin secara khusus harus berusaha dalam bidang diplomasi yang benar ,bukan hanya sekadar mengajukan laporan-laporan kepada PBB namun harus menuntut mengembalikan hak-hak yang dicabul secara paksa oleh Israel dan menuntut agar badan pengadilan antarabangsamengenakan sekatan kepada penjajah Israel.
  • Resolusi ini membuka peluang bagi pro hak Palestina dan aktivis usaha memboikot Israel untuk menuntut sekatan yang ketat keatas Zionis penjajah ini dan juga penarikan semula dana pelaburan dari Israel.
  • Dengan undian 24 menyokong, 6 menolak dan 26 berkecuali ini, keadilan akan terus diperjuangkan walaupun Israel semakin mengancam Masjid Al-Aqsa dengan tujuan untuk menguasainya.
  • Negara-negara Islam, terutama Palestin dan Jordani harus menjalankan tugasnya dengan penuh amanah terhadap al-Quds dan Masjid Al-Aqsa baik secara agama mahupun kebangsaan.
  • Palestin harus mengutamakan usaha membuat tuntutan rasmi, dengan menggunakan data rasmi dari berbagai badan-badan milik PBB sendiri, kepada pengadilan antarabangsa agar mengenakan sekatan ke atas Israel, dan bukan hanya mengajukan laporan media kepada badan-badan terbabit.
  • Palestin dan Jordan sebagai pihak pemegang mandat rasmi harus menghalang Israel memasuki Al-Aqsa secara mutlak, menjaga pegawai wakaf dan penjaga keselamatan masjid, memberikan perlindungan sepenuhnya, menunaikan peranan mereka secara aman dan penuh harga diri.
  • Warga Yahudi dan pasukan keselamatan Israel yang melanggar resolusi UNESCO terakhir harus diseret ke pengadilan antarabangsa.
  • Akhirnya, semua usaha dari diplomat Arab, Palestin dan Jordan hingga ahli resolusi UNESCO ini patut dihargai. Ini membuktikan bahawa pengaruh Amerika dan Britain sudah mulai terhakis.
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts