Marwan Barghouti : Bakal Presiden Palestin

Artikel sebelum ini, kami kongsikan maklumat HAMAS mahu 3 orang ini untuk dibebaskan. Kali ini kami akan perincikan maklumat untuk Marwan Barghouti. Sebelum itu, baca dulu kisah Abdullah Barghouti.

Marwan dikenali sebagai Nelson Mandela Palestin. Dilahirkan di Ramallah pada 6 Jun 1959. Kini usia beliau 64 tahun.

Seawal usia 15 tahun beliau sudah menyertai pergerakan FATAH. Ketika umur 18 tahun, penjajah Zionis telah menangkap beliau kerana terlalu aktif. Beliau dipenjarakan selama 4 tahun atas alasan menyertai keahlian pasukan bersenjata oleh Zionis Israel.

Penjara bukanlah menghalang untuk Marwan belajar bahasa inggeris dan hebrew

Selepas dibebaskan, beliau menyambung pelajar bidang sejarah dan sains politik di Universiti Birzet. As-syahid Yahya Ayyash antara keluaran universiti ini. Berzeit adalah kawasan Marwan mengasaskan gerakan rakyat terbesar di Tebing Barat pada 1980-an. Gerakan tersebut bernama Gerakan Syabibat. Berzeit juga menjadi tempat Marwan berkhawin dengan Fadwa Ibrahim.

Era 1980-an, Marwan sering berulang alik masuk dan keluar penjara. Penjara sudah menjadi rumah ke-2 beliau. Kemuncaknya, apabila beliau memimpin intifadah pertama pada tahun 1987.

Beliau ditangkap dan dibuang ke Jordan. 7 tahun berada dalam buangan, tidak memadamkan semangat beliau. Kembali sahaja beliau ke Tebing Barat, beliau dipilih rakyat sebagai wakil mereka di Parlimen al-Birah. Wakil termuda dalam parlimen.

2001 : Kenderaan Pengiring Marwan Dibom Oleh Zionis Israel

Intifadah Kedua dipimpin oleh Marwan sebagai tanda protes kepada perjanjian Oslo dan Arafat. Kesannya, terdapat beberapa kali cubaan membunuh oleh IOF. Bahkan beliau dituduh sebagai pengasas utama Briged Syuhada al-Aqsa (FATAH).

Tahun 2001, IOF mengerah Briged Khas Duchifat untuk menangkap Marwan. Beliau diseksa dan diletakkan dalam sel berasingan. Sepanjang sesi penghakiman, beliau tidak menyediakan peguam sebagai tanda protes dan tidak mengiktiraf pemerintahan penjajah.

Pengaruh beliau tidak pernah pudar dalam kalangan rakyat dan perjuangan Palestin meskipon dipenjara. Bahkan semangat beliau tidak luntur kerana dipenjara.

Tahun 2006, beliau telah menyelia dan menjayakan Perjanjian Kaherah. Perjanjian Kaherah merupakan satu program untuk menyatukan saf perjuangan Palestin dan menyusun atur pergerakan FATAH. Marwan memantau daripada dalam penjara!

Tahun yang sama sepatutnya diadakan pilihanraya Palestin. Marwan adalah calon paling popular untuk menjadi presiden tetapi atas desakan Zionis Israel, Mahmood bertindak menangguhkan pilihanraya! Impaknya Marwan semakin POPULAR dan Mahmood menerima tekanan dan keruntuhan populariti.

Buktinya, pada tahun 2009 beliau dilantik sebagai pemimpin FATAH.

Menariknya, beliau juga sempat siapkan PhD dalam bidang politik walaupon berada dalam penjara.

Kini, isteri beliau adalah tulang belakang yang menggerakkan perjuangan suaminya untuk urusan luar penjara.

Gambar Marwan Barghouti di Nablus

Sejak 2007, HAMAS, Jihad Islami dan PFLP telah meletakkan Marwan Barghouti sebagai calon pemimpin mereka di Parlimen Palestin. Maka tidak pelik kenapa HAMAS meletakkan syarat tersebut.

Dalam satu kajian tinjauan yang dibuat Palestinian Centre for Policy dan Survey Research terhadap 1200 orang rakyat Palestin, Barghouti menerima hampir separuh daripada jumlah undian keseluruhan. Disusuli oleh Ismail Haniyeh. Tercorot ialah Mahmood Abbas.

Beliau memang layak menjadi Presiden Rakyat!

Ditulis oleh : Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts