“Bebaskan 3 Orang ini” Ujar HAMAS

Al-Jazeera melaporkan antara butiran perbincangan antara HAMAS dan penjajah Zionis melalui perantaraan Mesir adalah untuk bebaskan 3 individu penting ini:

Marwan Barghouti dilihat sebagai ‘pesaing’ utama Mahmoud Abbas sebagai Presiden PA.

Hamas berkali-kali mencalonkan beliau sebagai pilihan Presiden. Barghouti sebenarnya tidak asing lagi di Palestin kerana beliau sinonim dgn gelaran ‘Nelson Mandela Palestin’. Seorang bekas pemimpin Fatah yang ditahan israhell pada 2002, Intifada ke2.

Abdullah Barghouti, Si Jurutera

Abdullah Barghouti pula digelar sebagai Jurutera al-Qassam.

Satu gelaran yang hebat di dalam hierarki al-Qassam. Beliau dipenjarakan sehingga 5200 tahun. Tidak masuk akal!

Marwan Saadat

Ahmad Saadat adalah Setiausaha Agung PFLP. Satu kedudukan yang paling tinggi dalam gerakan kiri.

Beliau adalah tonggak utama dalam membunuh Menteri Israel, Rehavam Ze’evi. Operasi ini adalah bagi membalas semula pembunuhan Israel ke atas al-Syahid Abu Mustafa Ali, tokoh pejuang kiri utama di Palestin.

Kini sayap ketenteraan PFLP dikenali sebagai Briged Abu Ali Mustafa.

Semoga terealisasi syarat utama ini. Jika tidak, HAMAS tidak akan menerima genjatan senjata daripada Zionis Israel.

Penulis merupakan admin Kapsul Baitul Madis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts