Putera Bayangan Yang Dihukum Penjara 5200 Tahun!

Abdullah al-Barghouti atau lebih dikenali dengan gelarannya ‘أمير الظل’ (Putera Bayangan) Gelaran tersebut diberikan berdasarkan tajuk buku tulisan beliau semasa dalam penjara. Media Israel, Yedioth Ahronoth menggelar Abdullah sebagai “Sang Jurutera”. Beliau adalah pahlawan yang digeruni penjajah!

Siapakah Abdullah yang dihukum penjara 5200 tahun ini?

Abdullah Barghouti dilahirkan pada tahun 1972 di Kuwait. Di Kuwait, beliau pernah ditangkap ketika umurnya 18 tahun, kemudian telah dibebaskan selepas beberapa bulan.

Kemudian beliau telah bermusafir dan pindah di Jordan serta mendapat kerakyatan Jordan. Di Jordanlah bermulanya minat beliau terhadap mekanik dan barang eletrik. Beliau tgiat membaiki dan bertukang.

Kelak, kemahiran ini yang akan dicari oleh para pejuang di Palestin.

Kemudian, beliau telah menyambung pelajaran di Korea Selatan.

Detik inilah bermulanya perjuangan Abdullah bersama Palestin. Saudara beliau, Bilal Barghouti (al-Qassam) telah merekrut Abdullah untuk turut serta dalam Saf al-Qassam.

Satu tindakan yang amat tepat.

Abdullah akhirnya bergabung bersama al-Qassam. Kerelaan Abdullah untuk sertai al-Qassam telah memberi cahaya yang bersinar setelah gerakan untuk dirundung kesedihan akibat kehilangan pahlawan mereka; Yahya Ayyash.

Sejarah menyaksikan, antara tahun 2000-2003, adalah satu fasa yang amat perit dan getir bagi penjajah.

Abdullah terus dipandang sebagai pengganti yang paling layak bagi Yahya Ayyash.

Isterinya, Umm Usamah menceritakan, Rakyat Palestin amat memandang tinggi pada Abdullah.

Dalam waktu yang sama, perisik sentiasa mengekori tindakan dan pergerakan beliau. Akhirnya pada tahun 2003 beliau telah berjaya ditangkap, dengan bantuan pengkhianat.

Bahkan, Abdullah ditangkap ketika membawa anak beliau, Tala, ke hospital untuk rawatan.

Beliau telah dibelasah dan anak perempuannya telah ditinggalkan begitu saja!

Dalam penjara beliau telah diseksa dengan begitu teruk sekali, sama ada dari segi mental & jasmani. Namun, di penjara beliau telah selesaikan 2 sarjana muda & 1 sarjana. Bahkan beberapa universiti di Morocco telah anugerahkan beliau Doktor Kehormat.

Tahun 2006, Hamas telah lakukan Operasi Shalit untuk bebaskan tawanan Palestin, al-Qassam telah khaskan satu unit sempena Abdullah, iaitu: Wehdat al-Zil. Namun, Abdullah tolak sama sekali untuk dibebaskan dan utamakan yang lain terlebih dahulu. Mashaallah!

Mengejutkan, pada tahun 2015, Abdullah telah bersiaran di Stesen Radio Gaza, dari penjara! Beliau telah sampaikan pesanan kepada al-Qassam, untuk tidak terburu-buru untuk membuat perjanjian pertukaran tahanan.

Hebat!

Jadi kita boleh faham kenapa Abdullah Barghouti ini menjadi nama yang paling utama bagi HAMAS dalam orang yang paling hendak mereka bebaskan.

Juga kita boleh faham kenapa Netanyahu sangat berat dengan syarat ini.

Sumber : Hadis Palestin, Olehan : Kapsul Baitul Maqdis

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts