BAITULMAQDIS, 28 Julai 2018 — Polis Zionis membuka semula pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa selepas menutup tapak suci itu selama beberapa jam selepas solat Jumaat semalam.
Sejurus selepas pasukan keselamatan khas Zionis meninggalkan lokasi, ribuan jemaah yang menunggu di luar masjid melaungkan slogan dukungan mereka ke atas Masjid al-Aqsa.
Terdahulu, polis Zionis menyerbu masuk Masjid al-Qibly di selatan perkarangan al-Aqsa, dengan dipimpin oleh Datuk Bandar Zionis, Nir Barakat.
(PIC, Maan)