Masjid Al Aqsa: Yahudi Israel Gali Terowong Semula

Zionis Israel laknatullah dikhabarkan mengaktifkan kembali penggalian terowong berhampiran Masjid Al Aqsa, Jerussalem. Bahkan, mereka sebenarnya berniat untuk merobohkan masjid yang sangat suci dan bersejarah bagi umat Islam.

Niat keji itu terbukti pada penggalian terowong bawah tanah yang telah dimulai sejak Sabtu (7/2/09), yang dilakukan oleh Israel’s Antiquities Authority (IAA). Menurut sebuah sumber, penggalian tersebut dibiayai oleh Elad, sebuah gerakan berfahaman agama yang mendukung kependudukan yahudi.

Penggalian ini tentu saja sebuah perencanaan jahat Israel laknatullah yang membahayakan keselamatan masjid Al Aqsa. Imam Jerusalem yang berasal dari Palestin, Sheikh Mohammed Hussein, telah menyerukan Israel untuk menghentikan penggalian tersebut. “Kerja-kerja pembinaan terowong itu akan membangkitkan amarah Muslim. Sebaiknya Zionis Israel menghentikan usaha itu.” ujarnya.

Ucapan Sheikh Mohammed Hussein amat tepat, bahawa umat Islam di seluruh dunia akan mengecam tindakan Israel tersebut. Tujuan Zionis Israel terhadap masjid Al Aqsa itu tidak lain adalah untuk merobohkan masjid itu kemudian mendirikan sebuah kuil Yahudi. Sementara itu, pemerintah Israel mengatakan bahawa penggalian itu untuk pembinaan kemudahan perdagangan dan pelancongan yang memerlukan tapak yang baru.

Persatuan ulama Palestin mengingatkan bangsa Arab dan umat Islam atas penggalian tanah oleh Zionis Israel di bawah Masjid Al Aqsa. Mereka menyerukan agar segera melakukan tindakan menyelamatkan dan membela masjid suci Al Aqsa. Ini adalah kerana selain ancaman robohnya masjid Al Aqsa, aktiviti penggalian tersebut juga sangat merbahaya bagi penduduk sekitar masjid. Zionis Israel menggunakan mesin-mesin besar yang berpotensi merobohkan tiang asas Al Aqsa dan beberapa rumah penduduk.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts