Masjid Ibrahimi dan Kota Lama al-Khalil tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia

AL-KHALIL, 7 Julai 2017 (PIC) — Menteri Pelancongan dan Antikuiti Palestin, Rula Ma’ay’ah, hari ini mengumumkan bahawa Masjid Ibrahimi dan Kota Lama yang terletak di al-Khalil telah disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia Yang Terancam dalam mesyuarat UNESCO kali ke-41 di Krakow, Poland.

Keputusan tersebut menjadikan al-Khalil sebagai daerah ke-4 termasuk dalam senarai UNESCO, selepas al-Quds, Beit Lahm dan Battir. Ia merupakan satu pengesahan dan pengiktirafan identiti Palestin ke atas kota al-Khalil dan Masjid Ibrahimi, sekaligus menolak pembohongan Zionis ke atas fakta sejarah tapak tersebut.

Pada 30 Januari lalu, Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Palestin menfail permohonan supaya al-Khalil disenarai sebagai tapak warisan UNESCO. Seterusnya pada 21 Mei lalu, kementerian memfail permohonan kecemasan atas isu yang sama kerana meningkatnya tindakan agresif rejim Zionis ke atas Kota Lama dan Masjid Ibrahimi.

Dengan sejarah lebih 6,000 tahun, al-Khalil merupakan salah satu kota tertua di Palestin, dan dianggap sebagai kota keempat paling suci dalam Islam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts