Masjid Ibrahimi Ditutup Kepada Orang Islam

AL-KHALIL, 3 Sep 2015 (PNN) — Pihak berkuasa rejim Zionis Selasa lalu mengumumkan bahawa orang Islam tidak dibenarkan memasuki Masjid Ibrahimi selama enam hari untuk memberi laluan kepada pendatang Yahudi masuk menyambut hari perayaan mereka.

Pengerusi masjid, Munther Abul-Feelat, dalam satu kenyataan media menyebut bahawa Zionis telah memutuskan untuk menutup masjid pada 14, 15, 17, 23, 29 dan 30 September. Hanya pendatang Yahudi akan dibenarkan masuk pada hari-hari tersebut.

Masjid Ibrahimi sering ditutup oleh tentera Zionis atas alasan untuk memberi laluan kepada sambutan perayaan Yahudi. Sedangkan pendatang Yahudi diberi hak sepenuhnya untuk menceroboh masuk bila-bila sahaja mereka suka.

Tentera memasang sekatan pemeriksaan di pintu-pintu masuk masjid di mana para jemaah akan diperiksa secara menyeluruh.

Sepanjang bulan Ogos lalu, tentera Zionis mengharamkan laungan azan sebanyak 51 kali di masjid bersejarah itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts