Masjid Ibrahimi ditutup kepada para jemaah

AL-KHALIL, 19 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menutup Masjid Ibrahimi dan menghalang para jemaah masuk, bagi memberi laluan kepada pendatang Yahudi menceroboh masuk menyambut perayaan Yom Kippur.

Menurut kenyataan Pengarah Masjid Ibrahimi, Sheikh Hafdhi Abu Asnaina, tentera Zionis juga akan menutup masjid itu dari hari Selasa hingga Rabu minggu hadapan bagi membenarkan kaum Yahudi menyambut perayaan Sukkot. Ia kemudian akan ditutup lagi pada 27 Oktober.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts