Masjid Ibrahimi ditutup selama 2 hari

AL-KHALIL, 25 Sep 2018 — Rejim Zionis menutup Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil selama dua hari bermula Selasa, sempena musim perayaan Sukkot.

Sepanjang tempoh tersebut, laungan azan juga diharamkan.

Penutupan diputuskan oleh Jawatankuasa Shamgar, iaitu sebuah jawatankuasa yang dibentuk susulan pembunuhan beramai-ramai di Masjid Ibrahimi pada tahun 1994.

Dalam kejadian berkaitan, tentera Zionis dikerahkan ke kawasan Bab al-Zawiya di pusat kota al-Khalil, dan memaksa peniaga Palestin menutup kedai-kedai mereka bagi menjamin keselamatan pendatang Yahudi yang menceroboh ke sebuah tapak arkeologi yang berdekatan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts