KHAN YOUNIS, GAZA, 9 Julai 2014 (PIC) — Jet-jet tentera udara Zionis meranapkan dua buah masjid di Khan Younis di selatan Gaza tengahari semalam, Selasa, ketika para jemaah sedang berkumpul untuk menunaikan solat Zuhur.
Serangan udara yang dilakukan oleh tentera Zionis ke atas masjid al-Huda dan masjid Omar Ibn Abdul Aziz di timur Khan Younis menyebabkan bangunannya runtuh sama sekali. Gelombang serangan juga menggegarkan puluhan bandar lain dan kem-kem pelarian di Gaza, di mana rumah penduduk awam sering menjadi sasaran.
Kementerian Kesihatan Gaza telah mengisytiharkan keadaan darurat sejak awal pagi semalam, di mana mereka mengeluarkan amaran tidak mampu menangani peningkatan mendadak kes kecederaan akibat serangan Zionis kali ini.