AL-QUDS, 19 Julai 2017 (PIC) — Masjid-masjid di sekitar kota suci al-Quds menggunakan pembesar suara mengajak penduduk Palestin membanjiri pintu-pintu Masjid al-Aqsa, seiring dengan seruan Hamas dan Jihad Islami supaya menyekat kejahatan rejim Zionis di situ.
Rejim Zionis memasang pintu elektronik bagi mengesan logam di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa sejak hari Ahad lalu, membangkitkan kemarahan dan bantahan para jemaah.
Suasana semakin tegang apabila pasukan polis Zionis menyerang para jemaah yang mendirikan solat di atas jalan di hadapan pintu-pintu masuk masjid ketiga paling suci dalam Islam itu. Mereka bertekad untuk terus berjaga dan bersolat di kawasan berdekatan pintu-pintu masuk masjid sehinggalah rejim Zionis menyerahkan Masjid al-Aqsa seperti mana sebelumnya.