Masyarakat Badwi Bakal Diusir Bagi Pembinaan Bandar Khusus Untuk Yahudi

NEGEV, 25 Nov 2015 (Alray) — Ribuan penduduk badwi Palestin akan diusir keluar dari perkampungan mereka di kawasan Negev bagi memberi laluan kepada pembinaan bandar khusus bagi kaum Yahudi.

Perancangan tersebut telah diluluskan oleh pemerintah rejim Zionis Ahad lalu bagi membenarkan pembinaan lima penempatan haram baharu Yahudi. Menteri Perumahan Zionis, Yoav Galant, memuji langkah tersebut sebagai keputusan bagi “menjadikan wilayah Negev sebagai kawasan yang berkembang dan diimpikan, selari dengan visi Zionis.” Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu menyeru supaya lebih banyak kawasan masyarakat Yahudi dibina dengan cepat tanpa melalui proses birokrasi.

Sekurang-kurangnya dua perkampungan badwi terkesan oleh perancangan tersebut. Masyarakat badwi ini merupakan sebahagian daripada 1.7juta penduduk Palestin di dalam wilayah yang terjajah oleh Zionis, yang diberikan status warganegara “Israel.” Mereka tertakluk kepada lebih 50 undang-undang diskriminasi yang menyisihkan mereka dari kemudahan dan kebebasan yang dikecapi oleh warganegara berbangsa Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts